Pengubat kedukaan

Assalamualaikum,

Heyy semua malam nie aku rasa tak tenteram sgt hati aku.
So aku pegy dkt google and cari apa benda yg bole buat hati aku nie tenang.
Then aku jumpa nie. Alhamdulillah ya allah.

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.

1. SURAH AL-FATIHAH
- Amalkan membaca surah Al-fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca surah Al- Ikhlas, surah Al- Falaq, surah An- Nas (3 kali). Insha Allah akan aman tenteram dan akan dijauhi dari gangguan syaitan. Surah ini juga boleh diamalkan sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, sakit gigi dan lain-2 lain dengan izin Allah s.w.t.


2. SURAH YASSIN.
- Telah bersabda Rasulullah s.a.w, sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al- Qur'an ialah Surah Yassin iaitu jantung Al- Qur'an.
Barangsiapa yang membaca Yassin nescaya akan ditulis oleh Allah sama seperti membaca 10 kali Al- Qur'an.
Surah Yassin ini juga jika sentiasa diamalkan nescaya akan terselamat dari kehausan di hari kiamat.


3. SURAH AD- DHUHA
- Dibaca sekali pada malam jumaat supaya kita terselamat dari huru hara di Padang Masyar.



4. SURAH AL- WAQI'AH
- Mereka yg mengamalkan membaca Surah Al- Waqi'ah pada setiap malam, Insha Allah tidak akan merasai kepapaan. Bagi mereka yang membacanya sebagai wirid pula, Insha Allah akan beroleh kesenangan selama- lamanya.
Mereka yg membaca sebanyak 14 kali selepas solat Asar, Insha Allah akan diberikan rezeki yg banyak.
Selepas solat Isya', bacalah surah Al- Fatihah sekali, surah Ayatul Kursi sekali, Surah Al- Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga. Makna surah al- Waqi'ah adalah : Sesungguhnya, kami telah menciptakan isteri- isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yg tidak pernah disentuh)
yg tetap mencintai jodohnya serta yg sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL- KAUSAR
- Sesiapa yg mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1000 kali, maka Allah akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yg membacanya sebanyak 1000 kali selepas solat Isya' juga nescaya akan tertidur, Insha Allah dia akan dapat melihat Rasulullah S.a.w dalam tidurnya.


6. SURAH AL- KAFIRUN
- Sesiapa yg membaca surah Al- Kafirun maka bandingannya seperti membaca seperempat Al- Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan, dan terlepas dari peristiwa yg mengejut.
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman dan membersihkan kotoran dalam diri kita.



7. SURAH AL- MULK
- Bagi mereka yg mengamalkan membaca surah ini nescaya akan mendapat syafaat dan keampunan dosa- dosanya. Mereka yg membacanya setiap malam akan terlepas dari azab kubur.



8. SURAH AL- IKHLAS
- Barangsiapa yg membaca surah ini sama seperti khatam 30 juzuk Al- Qur'an.
Sesiapa hendak pergi musafir lalu dibaca surah ini sebanyak 11 kali maka akan dilindungi rumahnya sehingga dia selamat pulang.
Barangsiapa yg membacanya dengan hati yg ikhlas, maka akan terlepas dari kesusahan duniawi, dimudahkan dalam gelombang sakaratul maut, dihindarkan dari kegelapan dan kengerian di alam kubur.


9. SURAH AL- FALAQ
- Pada setiap malam apabila hendak tidur Rasulullah membaca surah Al- Ikhlas, Al- falaq, dan An- Nas.
ditiupkan ke tapak tangan lalu disapukan ke seluruh tubuh dan muka.
sesiapa terkena penyakit samada perbuatan syaitan atau manusia hendaklah membaca surah Al- falaq dan surah An- Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut- turut.



10. SURAH AN- NAS
- Surah An- Nas adalah surah yg terakhir dalam A- Qur'an.
Surah ini dianjurkan bagi manusia yg memohon perlindungan kepada allah dari godaan syaitan baik yg berasal dari golongan manusia mahupun jin.
Surah An- Nas ini juga adalah penerang hati.



Semoga kita semua dapat amalkan surah- surah kat atas nie.
Ya- Allah ampunkanlah dosa dosa hambamu ini.














No comments:

Post a Comment